aku bukanlah seorang pelajar yg cemerlang dlm pelajaran.. biasa biasa je.. nak kata bodoh tidak, nak kata pandai sgt pun tidak.. cuma pandai sahaja. bila dtg bab exam ni , byk perkara yg aku nak kongsi since aku dah bersekolah selama 18 tahun setakat umur aku 21 tahun ni; termasuklah tadika..
7 hari sebelum exam
Jangan sentuh ais
ais membuatkan badan kita lesu sebab ia membekukan lemak.. bila lesu, kita cepat ngantuk.. bila ngantuk , nota pun kelaut..
Jangan tidur lambat
Biological pathway dlm badan manusia normal boleh bertahan selama 29 hari.. so, jgn start tidur lambat! once you start tidur lambat , perkara ni akan berlarutan selama hampir sebulan.. lagi satu, tidur lambat boleh menyebabkan kecelaruan memori. rehat tak cukup. so , nty apa yang dibaca dan dihafal tak dapat difahami.. kalau belum habis study pun tidur je.. tak guna study kalau tak boleh nak absorb..
Jangan paksa diri
Jangan fikirkan soalan apa yg keluar dan jangan sesekali spot soalan.. ini bahaya! go thru semua unless ada lecturer bagi hint..tp go thru yg mana mampu je.. fikir positif, fikirkan boleh.. your parent will not going to kill you if you failed..make time to play during study week : ) buat apa yg anda rasa nak buat, jgn menghadap lappy or nota 24 jam..kalau rasa nak tgk movie , then go.. kalau rasa nak makan , then go.. okay?
Hari kejadian
Attire
Pakaian sgt penting.. bukan nak pergi fashion show , tapi setiap apa yang kita pakai mempunyai pulangan aura yg berbeza.. dinasihatkan pakai baju cotton; tak kesahlah baju kurung ke , kemeja ke.. yg penting dari material cotton.. bawak jugak sweater kalau perlu. mcm budak2 kat UNIMAS ni kalau exam kat DeTAR , sweater itu wajib.. hehe..
Prepare well
Bawak hati yang tenang.. penting ni penting.. hati yang tenang mampu menjana minda dengan baik..masuk dewan peperiksaan , bawak pen pembaris pemadam dan pensil 2B serta air mineral dan kad pelajar ..oh slip peperiksaan juga ya!!
Take your seat
ini penting jugak .. pilih kiri kanan siapa yg duduk sebelah anda .. bukan nak meniru.. tp pulangan aura yg orang tu bawak.. pastikan bila dah duduk dgn selesa , terus tancap mata pd kertas soalan anda walaupun belum dibuka..jgn tgk kiri kanan lagi dah.. baca doa dan dengar arahan pengawas peperiksaan.. bismillah.. dah mulakan menjawab..
Selepas habis exam
Don't go for check !
kalau anda ada paper paper seterusnya , jgn sesekali check jawapan paper yg sebelumnya.. take care of your emotion.. lantaklah kalau kawan kawan nak sibuk check jawapan deme ~
Take a break
Tak kesahlah ada paper lagi ke tidak selepas exam tu , yang penting take a short break for your brain. jgn berhenti berdoa sekiranya exam dah betul betul habis.. bukankah kita baru di level yang pertama iaitu berusaha?? kita masih ada level 2 dan level 3 iaitu berdoa dan tawakal kepada Yang Esa..
p/s: all the best Farrah Mahful dan kawan kawan !!