Hari hari adalah hari ayah sebenarnya.
Bagi aku ayah ialah kawan baik dunia akhirat. Dari aku kecik sampai dewasa, aku terlalu rapat dgn ayah. Aku kongsi banyak persamaan dgn ayah sama ada dari segi fizikal mahupun ideologi dan minat. Orang-orang kat Taman Changgang Jaya kalau lalu depan rumah nampak aku berborak dgn ayah mereka akan tegur "apa diborakkan dua beranak tuuu?" Aku sgt ngam dgn ayah dan aku boleh cerita hal lelaki idaman sampailah hal yg serius seperti politik dgn ayah.
Mahful Simis itu ayah aku.
Dia berkulit sawo matang, mempunyai kening yg jatuh, mata yg tak besar tak kecik, lubang hidung yg besar, dan saiz mulut yg agak besar. Ciri-ciri yg aku warisi. Setiap kali hari raya, saudara mara jauh dekat ckp muka aku mmg muka ayah dan mama akan berkecil hati. Haha.
Dari kecik sampai dewasa ayah tak pernah pukul aku pakai apa apa alat pun termasuk tangan. Ya, aku anak yg ayah tak pernah pukul dan Alhamdulillah mampu jadi orang. InsyaAllah... Ayah cuma marah aku and raise his voice sampai usia aku 13 tahun if I'm not mistaken. Selepas usia 13 tahun, cara ayah marah berbeza. Ayah akan mogok utk tak bercakap dgn aku jika dia marahkan aku. Itu lebih seksa sebenarnya jika dibandingkan dgn marah meninggikan suara.
Kecik kecik dulu mama ckp hidung aku tersumbat sbb tak pandai buang hingus dan ayah sedut hidung aku. Itulah kasih syg ayah.
Tahun 2006, ayah kena buang kerja. Masa tu ayah bekerja sebagai supervisor di WRP Salak Tinggi. Ayah ditangkap sbb tidur masa kerja malam. Kenapa ayah aku tidur? dia curi tulang? Mungkin Allah mmg nak tunjuk ketidakjujuran ayah dlm bekerja. Sebagai anak, aku mmg sedih tgk cara ayah bekerja. Kadang kadang beliau hanya punching card dan balik. Buat kilang tu seperti Hj. Simis yg punya. Ayah akan berbuat demikian apabila nenek aku, Ruati Jajuli, ada hospital appointment. Kononnya ayah anak lelaki, tanggungjawab lebih. Ya, mmg ayah aku anak lelaki dan ayah aku satu-satunya anak yg sekolah setakat SPM. Senang kata antara 6 beradik tu, ayah akulah paling tak berguna dan paling bodoh. So, tugas menghantar datuk dan nenek aku ke hospital selama lebih 7 tahun diserahkan bulat-bulat kepada ayah aku. Ayah anak yg tak membantah dan yg bantahnya mama aku. Macam mana tak tidur kat kilang? Kalau kerja malam, esoknya mmg ayah aku jugaklah yg hantar nenek aku. Takkan ada yg lain sanggup gantikan tugas ayah aku sbb masing masing jaga kerja masing masing since semuanya kerja bagus. Kalau ayah aku dibuang kerja pun takpe sbb ayah cuma pekerja kilang. Ayah hantar nenek ke hospital sebelah pagi dan nenek aku perlu ditunggu sbb org tua selalunya tak dengar kalau nombor gilirannya dipanggil. Sebelah tengah hari, tunggu giliran ambik ubat. Dengan populasi 48K di Banting dan hanya ada satu hospital, bayangkan jumlah pesakit. Sememangnya proses ambik ubat akan berakhir petang hari. Bila masanya ayah aku nak tidur? Itulah pengorbanan Mahful Simis yg adik beradik tak nampak. Aku selalu ckp kat mama, ada ganjaran syurga menanti ayah. Pakwo (panggilan utk datuk) mesti bangga dgn ayah!
Tahun 2008, aku kena boikot dgn cikgu kat SMKBC, ayah dtg sekolah hadap pengetua menegakkan kebenaran sedangkan pengetua tu adalah saudara dia. Sebab apa kena boikot? sebab aku mengadu kat pengetua yg cikgu Marziah tak mengajar. Mmg dia tak mengajar pun. Sebelah petang pukul 1.45 tu sepatutnya ada kelas tp kelas kerap kali cancel. Rugilah aku bayar yuran mcm tu. Kalau bebudak lain mmg sukalah kelas cancel. Menunggu mcm org bodoh nak tahu keputusan sama ada kelas on or off sgtlah merugikan tenaga, masa dan wang ringgit aku. Alhamdulillah kebenaran itu Allah tunjuk.
"Melawan cikgu ilmu tak berkat."
Tapi ayah bagi semangat. Ayah kata tgklah cikgu yg bagaimana kita lawan dan bukan semua cikgu betul. Aku genggam kata kata ayah dan ayah mintak buktikan kejayaan itu milik aku.
Aku pergi tuisyen kat Pusat Tuisyen Minda Saintis, ayah hantar dan ambik aku. Busy kerja? bagi ayah takde hal semua tu asalkan aku selamat pergi dan selamat balik. Masa tu ekonomi keluarga mmg tak stabil sbb ayah baru mulakan bisnes lepas dibuang kerja tp ayah tak pernah merungut. Ayah masih mampu hantar aku pergi tuisyen dgn kereta proton buruk. Layan kerenah anaknya yg satu ni, dgn kerja lagi...dgn stress takde duit masa tu tapi ayah senyum je.
Banyak sebenarnya pengorbanan ayah utk aku dan byk tentang ayah yg belum dirungkai. Cukuplah sekadar ini.
Bila aku graduasi nanti, aku nak sarungkan jubah dan mortarboard kepada ayah. Biarlah ayah tak masuk universiti, tapi anak ayah mampu membanggakan ayah. Adik beradik ayah dah rasa pakai jubah konvo tu bertahun dulu tp ayah InsyaAllah akan pakai in coming November 2015.
Selamat hari ayah kepada Mahful Simis dan selamat hari bapa kepada semua bapa di seluruh dunia.