Friday, 10 October 2014

Promosi Hangat !

Eh? Apa yang hangat? 

Pertama, novel Sayangku Cik Tiramisu karya Herna Diana


dan...


Kedua, single Damaikan Rusuh Hati daripada Azzam Sham.



Apa tunggu lagi? Anda boleh dapatkan karya Herna Diana melalui fb beliau Herna Diana. Send message je... :D

dan juga boleh dapatkan single terbaru Azzam dengan hanya whatsapp kepada nombor 0172463032 atau 0166005547. Send private message kpd Tok Salleh pun bolehhhh...

Mudah kan? Buat penggemar Herna Diana dan Azzam Sham, bertindak sekarang.....

p/s: pssttt... kalau dah grab tu, mesti korang upload kat insta or fb or twitter kannn... jgn lupa hashtag #hernadiana dan #azzambigfamily ye. ;-)

Saturday, 4 October 2014

Kek Batik Ala California

" Tuan-tuan dan Puan-puan, hari ni chef Farrah nak demo sikit cara-cara membuat Kek Batik Ala California. Haaa... marilah kita mulakan dengan bahan-bahannya dulu."

Ada gaya chef dalam TV tak aku ni? Haha...

Okay, seriously I want to share with all of you cara-cara membuat Kek Batik Ala California.

Let's start dengan bahan-bahannya dulu...

450 gram biskut Marie 
250 gram buttercup
3 cawan milo
3/4 cawan gula
1/2 cawan susu sejat
1 biji telur
80 gram nestlé koko krunch

Dah ada semua bahan-bahan? Jom kita start to kick out the showwww!!

Mula-mula cairkan buttercup dalam periuk dan pastikan api kat level low je. 

Sementara tu, pukul susu sejat bersama dengan gula dan telur. Pabila dah sebati, campurkan kesemua bahan yang telah dipukul tadi ke dalam buttercup yang sedang dicairkan. Kacaulah sehingga sebati... 

Lepas tu masukkan milo dan kacau lagi sehingga pekat. 

Lastly, masukkan biskut Marie yang telah dipatah-patahkan ke dalam periuk dan gaul rata. 

Setelah rata, masukkan adunan ke dalam bekas makanan atau loyang atau yang sekutu dengannya dan padatkan. Setelah itu, taburlah nestlĂ© koko krunch di bahagian atas sekali. 

Masukkan dalam peti sejuk lebih kurang 4 jam sebelum sedia untuk di'ngapppp'. 

Selamat mencuba.

p/s: resipi ni diwarisi daripada Aida Effarina Mustakim dan telah di'alter' oleh farrahmahful. Heee...