Thursday, 31 May 2012

Ceramah "Israk Mikraj dan Tuntutannya"



30 May 2012 bersamaan hari Rabu yang lalu aku and my housemate pergi dengar ceramah "Israk Mikraj dan Tuntutannya". Aku pergi dengan selamba derk pakai baju muslimah dengan seluar slack. Sampai kat sana, aku tengok majoriti pakai baju kurung dan selebihnya jubah. 

Ah, yang penting niat! 


Yang bonusnya, aku dapat jumpa kawan-kawan Asasi drpd FMHS. Ya Allah, sebak tak terkata lagi-lagi tengok wajah Aisyah dan Asyqin. Kami rapat. Habis sesi jejak kasih dan pendaftaran aku and Mira pun masuk ke ruang utama DeTAR. Majlis dimulai dengan doa dan bacaan ayat suci kalamullah. Seriously, kalau aku tak pergi ceramah ni mungkin aku tak berpeluang menghayati potongan ayat Surah Al-Isra'. MasyaAllah, rupanya memang dah ditulis oleh-Nya apa yang akan terjadi! Balik daripada ceramah, aku terus cari terjemahan daripada potongan ayat Al-Isra' tadi. 

********************************************************************************
Terjemahan Surah Al-Isra' (1-7)

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambanya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Exalted is He who took His Servant by night from al-Masjid al-Haram to al-Masjid al- Aqsa, whose surroundings We have blessed, to show him of Our signs. Indeed, He is the Hearing, the Seeing.

Dan Kami telah memberikan (Nabi) Musa Kitab Tawrat, dan Kami jadikan Kitab itu petunjuk bagi Bani Israel (serta Kami perintahkan mereka): “Janganlah kamu mengambil penolong selain daripada-Ku (untuk menyerahkan urusan kamu kepadanya).”

And We gave Moses the Scripture and made it a guidance for the Children of Israel that you not take other than Me as Disposer of affairs,

(Iaitu) keturunan daripada orang yang telah Kami bawa bersama-sama dengan (Nabi) Nuh (di dalam bahtera) ! Sesungguhnya dia adalah hamba yang bersyukur.

O descendants of those We carried [in the ship] with Noah. Indeed, he was a grateful servant.

Dan Kami telah menetapkan kepada Bani Israel dalam Kitab itu: “Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali dan sesungguhnya kamu akan bersikap sombong secara melampau-lampau.

And We conveyed to the Children of Israel in the Scripture that, "You will surely cause corruption on the earth twice, and you will surely reach [a degree of] great haughtiness.

Maka apabila sampainya masa (membalas kederhakaan kamu) kali pertama daripada dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya, lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu). (Sebenarnya peristiwa itu) adalah suatu janji yang pasti berlaku.

So when the [time of] promise came for the first of them, We sent against you servants of Ours - those of great military might, and they probed [even] into the homes, and it was a promise fulfilled.

Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka dan Kami anugerahkan kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.

Then We gave back to you a return victory over them. And We reinforced you with wealth and sons and made you more numerous in manpower

Jika kamu berbuat baik, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampainya masa (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki (Bayt al Maqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai; dengan sehancur-hancurnya.

[And said], "If you do good, you do good for yourselves; and if you do evil, [you do it] to yourselves." Then when the final promise came, [We sent your enemies] to sadden your faces and to enter the temple in Jerusalem, as they entered it the first time, and to destroy what they had taken over with [total] destruction.
********************************************************************************


Penceramah pada hari tu didatangkan khas daripada Indonesia, Dr. H. Aswin Rose Yusuf.
Surat undangan difahamkan telah dilayangkan kepada beliau pada 27 Mac 2012. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang beliau sila klik sini.

Penghuraian beliau pada petang itu lebih kepada peristiwa yang ditunjukkan kepada Nabi Muhammad SAW sepanjang perjalanan pada malam hari. Aku sejujurnya lebih suka penceramah yang berbahasa Indonesia sbb mungkin darah itu ada. Rasa macam balik kampung. Isi utama beliau dan konklusinya adalah tentang tuntutan solat. 

Orang yang tidak solat umpama merobohkan agamanya sendiri. 

Selepas sesi ceramah, terbit pula sesi dialog bersama beliau. Dari sudut pandangan aku, beliau adalah orang yang tidak puas berkongsi ilmu dan tidak sombong walaupun darjat ilmunya lebih tinggi daripada hadirin (terdiri daripada pelajar UNIMAS dan staf-staf) yang hadir petang itu.

Selesai acara majlis, aku pun meneruskan misi mencari sahabat-sahabat drpd FMHS untuk sesi bergambar. Aku takkan lepaskan peluang untuk merakamkan detik indah bersama mereka. 

Sambil menyelam minum air 

Alhamdulillah. Tak sia-sia aku pergi ke majlis ilmu sekaligus dapat kesempatan berjumpa dengan rakan-rakan drpd FMHS. Thanks a lot, Allah!



Monday, 28 May 2012

on vacation



Kuching: Farrah Suhana Mahful is reported to be on vacation from 21stJune until 09th September this year. She’s plan to rest the mind fully and become a promoter for her father’s business. Besides that, she wants to make her time with her cute niece named Damia Qistina. Sinar Selangor had been reported that she already quit her profession before. On demand, this story is kept secretly. 

Sunday, 27 May 2012

Dinner "BRC DiHatiKu"

"rebut lah peluang terakhir utk menjadi penghuni kbr" 
(Lai Mei Kin , 25 May)

Itulah words yg kak Mei2 guna untuk menarik perhatian penghuni Kolej Bunga Raya.

Aku pergi dinner BRC DiHatiKu bukan sebab aku yakin nak keluar daripada KBR tapi tanda sokongan aku kpd kolej ini. Takde sebab rasanya untuk aku tak pergi.. Have fun sekali sekala takde salah pun.. Nak pergi dinner pun ada tiket tau.. bukan rumah hantu je ada tiket.. hehehe.. 

Ingatkan pergi tu terus dpt mkn.. ghupenya kena tunggu persembahan silat tari, ucapan dif-dif jemputan, lepaih itu nyanyi pulak Negaraku dgn UNIMAS Gemilang.. perut aku pun turut bernyanyi sama.. tapi takpelah kan.. bukan selalu pergi dinner yg byk protokol mcm tu.. Kalau pergi dinner dgn mama and ayah aku mmg tak lah nak berprotokol mcm tu kan... Lepas siap semua tu baru dapat makan.. Aku malas nak berebut,, so, aku antara org yang lambat jugaklah kiranya ambik makanan.. tak lari makanan dikejar.. HeHeHe.. Makanan aku boleh bagi TIGA BINTANG dan dikira berbaloi dengan bayaran tiket RM 10.. Lepas makan enjoy pulak dengan tarian monyet, drama, street dance, lucky draw, and tayangan montaj.. Aktiviti tu semua dilaksanakan bagi mengimbau kegemilangan Kolej Bunga Raya sepanjang sesi 2011/2012.. and aku antara insan bertuah sebab gambar masuk dlm montaj tu dan aku dapat hadiah drpd aktiviti lucky draw tu.. Yang specialnya lagi, aku dpt talk personally dgn Pn. Ros yakni Felo Kolej Bunga Raya yang membantu aku masa aku sakit tempoh hari.. Akhirnya aku kenal jugak dgn org yang membantu aku.. And lastly, aku dpt jugak bergambar dengan kak Mei2.. aku tak tau kenapa aku nak sgt bergambar dgn dia.. HeHeHe.. *GEDIK BETUL*


ayam!!

sayur feberet kot..

selera akak tu mkn.. T.T

mmg dah tak toleh2 dah

opps!! ter'capture' gambo wan..

set lengkap

drama : sebahagian babak

apa yg ko buat tu, nadzwan??

dah kenyang!!

cabutan bertuah *0218*

miera, kak mei2, aku


Friday, 18 May 2012

takkan sama

Assalamualaikum

Kerinduan menggunung seorang anak kepada ayahnya..

ayah,
Dialah insan yang menjadi teman aku selama ini.. teman gaduh, teman tgk tv.. boleh dikatakan semua aktiviti aku melibatkan ayah.. mama selalu kecik hati jugak bila aku sering menghabiskan masa dengan ayah.. mungkin sebab aktiviti seperti main boling, tgk v, main dam lebih sebati dgn jiwa aku jika dibandingkan dengan aktiviti menjahit, memasak, and etc..

Ahad ni genaplah seminggu peristiwa hitam yang terjadi kpd aku.. aku sedih teringatkan ayah.. hari first aku jatuh, ayah cakap..
"kau ni, nak.. tiru je apa yang ayah buat ye.."
 beliau sedih mendengar suara ceria aku di hujung talian.. 2 bulan yang lalu, ayah aku juga jatuh seperti aku.. cuma luka beliau lebih parah.. tu yang dia maksudkan yang aku meniru dia.. sepanjang aku sakit, Nur Amira Rosli adalah orang yang paling berjasa kpd aku.. Penat mcm mana pun beliau, beliau tetap setia membelikan aku lunch dan dinner.. tak pernah missed..

Kalaulah ada ayah di sisi skrg...

Tapi mama cakap, jangan minta macam2 dgn mira.. takut dia serba salah.. Dia sangat baik dengan aku.. tapi aku tak bolehlah samakan dia dengan ayah aku.. ayah pasti sanggup drive mlm2 utk menunaikan hasrat aku menikmati Spicy Mc Deluxe.. ayah pasti takkan biarkan aku rasa keseorangan.. ayah pasti setia menemani aku sampai aku tertidur.. ayah pasti berusaha buat aku gelak.. tapi itu kalau ayah ada di sisi buat masa ni..

Anyway, terima kasih Nur Amira Rosli!! Tqvm for being by my side at my tough time..

Tuesday, 15 May 2012

hari ibu yang tragik

Assalamualaikum..

Hari isnin, selasa, rabu, khamis, jumaat dan tibalah hari untuk berjuang setelah berhempas pulas..

Lima malam berlatih kawad untuk membawa nama kolej and 3 hours/night... average la kirenye... lebih kurang 15 jam... less than one day!!! not bad BRC.. so awesome because you're capable to grab number one!! Aku dapat tahu keputusan ni pun setelah sesuatu menimpa aku..
By the way, aku bersyukur sgt sbb pertandingan kawad berjalan lancar dan aku agak berpuas hati dgn persembahan BRC-ians... HeHeHeHe...

Pagi AHAD,

"mira, nanti pukul 7.30 mlm ko mesti ikut aku pergi DK CTF 1  tau... tak kesah ko nak ke tak nak... no choice.."

Mira menurut je.. syukur dpt kwn mcm dia.. baik dan selalu mengalah.. orang buta je tak nampak baiknya dia..

Punya semangat nak pergi Kuching..

"Mira, kita turun kat The Spring dulu ye?"

beberapa saat kemudian,

"Eh, kita turun waterfront dulu la.. nanti kalo betul takde baru turun The Spring"

Mira angguk lagi..

Setelah puas pusing The Hills, Tun Jugah, Sarawak Plaza, dan Riverside.. ternyata benda tu takde...

"Jom lah balik, kita turun Spring pulak"

Tiba-tiba

"Bukk!!"


"Mira!! Sakit mira!!!"

Datang dua org pakcik selamatkan aku.. Aku terjatuh rupanya.. Datang pulak dua buah kereta polis..

"Sabar ye , dik.. kami panggil ambulans.."

Ah, sudah!! patah gamaknya kaki aku..

Beberapa minit kemudian, ambulans tiba. Dua orang attendant hospital angkat aku.. yang sorang tu tersangat kurus tp kuat gak dia angkat aku yang besar ni.. hahahaha.. terima kasih abg attendant!!

Sampai kat hospital aku dah menyerah.. Tapi dlm hati berdoa agar kaki aku tak patah.. paling tidak terseliuh..

Mula-mula dtg doktor melayu, lepas tu doktor cina nama Lim.. baik sgt doktor-doktor tu..

Datang pulak attendant bawak jarum..

Aduh!! gawat ni buk!! 

Mira setia menemani aku walaupun dia benci hospital.. Terima kasih mira!! 

Ubat tahan sakit dimasukkan melalui jarum yang dah 'ditanam' kat tangan aku tadi.. aku 'pengsan'..

Mira sekali lagi setia menanti walaupun aku tertidur hampir 2 jam jugak!

Bangun dari tidur, aku teringat kata doktor cina yang perempuan tu.. dia kata, kalau tak boleh jalan, tak boleh balik.. serius?? aku terus semangat nak jalan walaupun Mira ejek aku jalan mcm penguin.. ah, persetankan!!! yes, aku dibenarkan pulang dan jarum yang dia tanam kat tangan aku dah dikeluarkan.. fuhh,, lega!! 

Masa doktor tanam jarum tu kat tangan aku, aku asyik kate rimas.. doktor Lim dgn doktor perempuan cina tu senyum je... They're so kind.. tapi saya rimas duduk hospital.. sgt!! maaf dan terima kasih, doktor-doktor yang berkenaan.. Pukul 5. 30 ptg (lebih kurang) pakcik ambulans dtg ambik aku.. dan mira.. mira boleh terlentok tidur.. penat jage aku agaknya.. sampai kat kolej lebih kurang pkul 6.45.. oh, seksa nak naik tingkat atas tapi aku gagahkan jugak.. 

Malamnya, aku dah tak tahan nak buang air kecil.. bila nak bangun, tak boleh.. aku menangis sampai roomate aku terjage..

Dia dgn kwnnya berusaha angkat aku and they were succeeded.. Jasa roomate aku amat aku hargai.. beliau sempat drive belikan aku ais kat 7E utk kurangkan bengkak kat kaki aku.. 

Thanks once again buat semua yang membantu..

p/s 

  1. mira sempat usha abg attendant yg hensem tu
  2. abg attendant tu pesan, jgn lari-lari lagi
  3. teringat kata en. hafizan hashim, jalan tgk2 bawah jgn melanguk je.