Tuesday, 15 May 2012

hari ibu yang tragik

Assalamualaikum..

Hari isnin, selasa, rabu, khamis, jumaat dan tibalah hari untuk berjuang setelah berhempas pulas..

Lima malam berlatih kawad untuk membawa nama kolej and 3 hours/night... average la kirenye... lebih kurang 15 jam... less than one day!!! not bad BRC.. so awesome because you're capable to grab number one!! Aku dapat tahu keputusan ni pun setelah sesuatu menimpa aku..
By the way, aku bersyukur sgt sbb pertandingan kawad berjalan lancar dan aku agak berpuas hati dgn persembahan BRC-ians... HeHeHeHe...

Pagi AHAD,

"mira, nanti pukul 7.30 mlm ko mesti ikut aku pergi DK CTF 1  tau... tak kesah ko nak ke tak nak... no choice.."

Mira menurut je.. syukur dpt kwn mcm dia.. baik dan selalu mengalah.. orang buta je tak nampak baiknya dia..

Punya semangat nak pergi Kuching..

"Mira, kita turun kat The Spring dulu ye?"

beberapa saat kemudian,

"Eh, kita turun waterfront dulu la.. nanti kalo betul takde baru turun The Spring"

Mira angguk lagi..

Setelah puas pusing The Hills, Tun Jugah, Sarawak Plaza, dan Riverside.. ternyata benda tu takde...

"Jom lah balik, kita turun Spring pulak"

Tiba-tiba

"Bukk!!"


"Mira!! Sakit mira!!!"

Datang dua org pakcik selamatkan aku.. Aku terjatuh rupanya.. Datang pulak dua buah kereta polis..

"Sabar ye , dik.. kami panggil ambulans.."

Ah, sudah!! patah gamaknya kaki aku..

Beberapa minit kemudian, ambulans tiba. Dua orang attendant hospital angkat aku.. yang sorang tu tersangat kurus tp kuat gak dia angkat aku yang besar ni.. hahahaha.. terima kasih abg attendant!!

Sampai kat hospital aku dah menyerah.. Tapi dlm hati berdoa agar kaki aku tak patah.. paling tidak terseliuh..

Mula-mula dtg doktor melayu, lepas tu doktor cina nama Lim.. baik sgt doktor-doktor tu..

Datang pulak attendant bawak jarum..

Aduh!! gawat ni buk!! 

Mira setia menemani aku walaupun dia benci hospital.. Terima kasih mira!! 

Ubat tahan sakit dimasukkan melalui jarum yang dah 'ditanam' kat tangan aku tadi.. aku 'pengsan'..

Mira sekali lagi setia menanti walaupun aku tertidur hampir 2 jam jugak!

Bangun dari tidur, aku teringat kata doktor cina yang perempuan tu.. dia kata, kalau tak boleh jalan, tak boleh balik.. serius?? aku terus semangat nak jalan walaupun Mira ejek aku jalan mcm penguin.. ah, persetankan!!! yes, aku dibenarkan pulang dan jarum yang dia tanam kat tangan aku dah dikeluarkan.. fuhh,, lega!! 

Masa doktor tanam jarum tu kat tangan aku, aku asyik kate rimas.. doktor Lim dgn doktor perempuan cina tu senyum je... They're so kind.. tapi saya rimas duduk hospital.. sgt!! maaf dan terima kasih, doktor-doktor yang berkenaan.. Pukul 5. 30 ptg (lebih kurang) pakcik ambulans dtg ambik aku.. dan mira.. mira boleh terlentok tidur.. penat jage aku agaknya.. sampai kat kolej lebih kurang pkul 6.45.. oh, seksa nak naik tingkat atas tapi aku gagahkan jugak.. 

Malamnya, aku dah tak tahan nak buang air kecil.. bila nak bangun, tak boleh.. aku menangis sampai roomate aku terjage..

Dia dgn kwnnya berusaha angkat aku and they were succeeded.. Jasa roomate aku amat aku hargai.. beliau sempat drive belikan aku ais kat 7E utk kurangkan bengkak kat kaki aku.. 

Thanks once again buat semua yang membantu..

p/s 

  1. mira sempat usha abg attendant yg hensem tu
  2. abg attendant tu pesan, jgn lari-lari lagi
  3. teringat kata en. hafizan hashim, jalan tgk2 bawah jgn melanguk je.

No comments: